
Authorised HIS Operator (“AHO”)
Authorised Halal International Selangor Operator (”Authorised HIS Operator”) (“AHO”) adalah konsep yang diperkenalkan oleh Halal International Selangor dengan sokongan Jawatankuasa Tetap Pengguna dan Industri Halal Selangor.
AHO merujuk kepada pengusaha-pengusaha yang terlibat dalam Industri Halal termasuk pembekal, pembeli, peniaga, penyedia perkhidmatan, pengilang, pengimport / pengeksport yang berada di sepanjang rantaian bekalan perdagangan dalam negara dan antarabangsa yang telah mencapai pematuhan piawaian Halal yang diperlukan dan diakreditasi oleh ahli Lembaga AHO.
Objektif AHO
Menarik minat pelabur Halal antarabangsa untuk di negeri Selangor dengan kemudahan yang disediakan kepada ahli-ahli AHO sebagai pemudahcara.
Menggalakkan lebih banyak pemain industri halal tempatan untuk menembusi pasaran global.
Menjadikan Selangor sebagai pusat ekonomi Halal global yang menawarkan produk dan perkhidmatan pusat sehenti Halal.
Meransang ekonomi Halal dengan meningkatkan keyakinan pengguna melalui jaminan toyyiban dan integriti yang diterapkan di dalam AHO.
Mesra perniagaan dan lebih sistematik.
Konsep
AHO menyediakan platform Pusat Setempat (“One Stop Centre”) bertujuan bagi memangkin ekosistem Halal melalui pemerkasaaan platform pendigitilan sedia ada seperti platform HIS sedia ada iaitu: Integrated Muslim Friendly Affiliated Network (“IMFAN”), HALALSEL dan juga platform digital lain yang akan dibangunkan seperti *Halal Integrated Trade System (“HITS”)
Terbuka kepada :

- Syarikat yang telah mempunyai sijil Halal bagi produk/perkhidmatan atau
- Syarikat yang masih di dalam proses mendapatkan pensijilan Halal atau
- Syarikat yang berminat memohon pensijilan Halal
Kriteria bagi pendaftaran sebagai ahli AHO
Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM)
Produk/Barang/Kargo/ Perkhidmatan Yang Disahkan Halal oleh JAKIM/JAIS atau mana-mana JAIN; dan
Analisis Mudarat dan Titik Kawalan Kritikal (HACCP) dan/atau Amalan Pengilangan Baik (GMP); atau
Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MESTI).
Struktur syarikat dan modal berbayar
- Syarikat tempatan yang diperbadankan dengan modal berbayar minimum RM2.00 dan
- Minimum seorang pengarah tempatan dan
- Minimum seorang Eksekutif Halal dan/atau seorang kakitangan Muslim.
Diperbadankan tempatan
- Syarikat tempatan yang diperbadankan dengan modal berbayar minimum RM100,000.00 dan ke atas dan
- Minimum dua pengarah tempatan meliputi seorang Muslim.
- Minimum dua eksekutif Halal dan 20% kakitangan jumlah tenaga kerja beragama Islam.
Syarikat Milik Asing
- Syarikat milik asing dengan modal berbayar minimum RM250,000.00 dan ke atas dan
- Minimum dua pengarah tempatan dengan seorang Muslim dan
- Minimum dua Halal Eksekutif dan 20% daripada jumlah tenaga kerja beragama Islam.
Manfaat Kepada Ahli-Ahli AHO
Khidmat Nasihat - Pusat Khidmat Sehenti
Peluang Rangkaian Perniagaan
Pusat Maklumat Perniagaan
Padanan Perniagaan
Maklumat terkini mengenai polisi-polisi semasa Kerajaan, Insentif dan prosedur dan perkembangan semasa industri khususnya di negeri Selangor
e-Pengiklanan: Produk/Servis/Peluang Pekerjaan
Penyenaraian percuma profil syarikat dalam AHO
Peluang perniagaan melalui Platform Digital HIS (IMFAN, HALALSEL, HITS)
Latihan kepada individu, syarikat, usahawan-usahawan dan ahli AHO
Carian fasiliti, perkhidmatan, pembekal ramuan, pembekal Halal dan tariff Kastam
Direktori pemain-pemain industri Halal
Certificate of Origin (”COO”)

- Lampirkan dokumen sokongan permohonan di dalam borang permohonan
- Kepilkan bukti resit pembayaran. Bayaran hanya diterima melalui online transfer sahaja ke akaun :

HIS Toyyiba Sdn Bhd
No Akaun: 8605078996